Sangat sesuai dinikmati oleh semua terutamanya pesakit diabetes yang kena kawal pengambilan gula dalam diet harian.
Resepi Pertama
Smoothie Buah Naga dengan ESP.
Bahan-bahannya :
1. 1 cawan ais ketul
2. 2 sudu ESP
3. 1/4 biji buah naga merah
4. 1 cawan susu segar
5. 1 sudu plain yogurt
6. Chia Seeds
Cara-caranya :
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali Chia Seeds.
2. Kisar hingga sebati.
3. Tuang ke dalam gelas dan taburkan Chia Seeds.
4. Sedia untuk dinikmati !
Nota : ESP adalah protein soya non GMO. Sesuai diambil oleh pesakit diabetes kerana kandungan indeks glisemiknya yang rendah.
Resepi Kedua
Smoothie Anggur dengan Vivix
Bahan-bahannya :
1. 1 cawan ais ketul
2. 1/2 cawan yogurt rendah lemak perisa Vanila
3. 1 sudu teh Vivix
4. 1 cawan susu segar
5. 1 cawan anggur tanpa biji
Cara-caranya :
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar hingga halus.
2. Tuang ke dalam gelas dan sedia untuk dinikmati !
Nota : Vivix adalah minuman campuran botani yang telah dipatenkan.
Kaya dengan Resveratrol dan Polifenol berfungsi sebagai antioksidan yang berkuasa menghalang dan melambatkan kerosakan sel akibat serangan radikal bebas. Baca selanjutnya.
Selamat mencuba resepi smoothie sihat ini ya ! :)
Love,
KakMimie.
No comments:
Post a Comment