Sakit gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar bergerak, dan pembengkakan ( inflamasi ).
Selain mengamalkan supplemen semulajadi untuk membantu menurunkan asid urik yang tinggi, ada baiknya juga kawalan pemakanan juga dijaga untuk kesan yang lebih optimum.
Pesakit gout sangat digalakkan untuk memakan jenis makanan yang bersifat alkali. Ia sebagai usaha untuk membantu mengatasi gout agar tidak lebih serius kerana penyakit biasanya bermula dari perut - tidak menjaga pemakanan.
4 MAKANAN YANG BAIK UNTUK PESAKIT GOUT
Antara makanan yang baik diambil oleh pesakit gout adalah seperti berikut :
#1 Makan Buah Dan Sayur
Kerapkan makan lobak putih, daun saderi atau daun sup, buah ceri atau cuka epal. Cuka epal dan buah ceri dikatakan baik untuk penyakit gout.
Alfalfa juga baik untuk diamalkan kerana ia tinggi dengan mineral dan nutrien lain yang boleh mengurangkan serum asid urik dalam darah. Daun parsli pula adalah diuretik yang hebat, ia membantu dalam meningkatkan jumlah air kencing yang seterusnya menggalakkan penyingkiran asid urik.
#2 Gunakan Minyak Zaitun
Kurangkan pengambilan minyak dalam masakan untuk pesakit gout. Lebih baik gunakan minyak zaitun untuk menumis masakan. Makanan yang bergoreng juga sebaiknya dielakkan.
#3 Sumber Protein
Makan sumber protein secara sederhana. Ikan dan telur ayam boleh dimakan tetapu elakkan ambil secara berlebihan.
Ganti ayam daging dengan ayam kampung atau organic kerana ayam kampung kurang bersifat asid berbanding ayam daging komersial.
#4 Alternatif Kepada Gula Putih
Ramai yang sedia maklum bahawa gula putih tidak baik dan tidak sihat untuk kesihatan jangkamasa panjang.
Sebagai alternatif, gantikan gula putih dengan gula kabung, gula merah, gula nipah, madu asli dan sebagainya.
Inilah serba sedikit tips pemakanan yang baik untuk pesakit gout sebagai rujukan bersama.
Untuk mengetahui jenis makanan yang perlu dielakkan pesakit gout, boleh klik di SINI .
Semoga bermanfaat,
Sihat Satu Anugerah :)
No comments:
Post a Comment