Saturday, 18 February 2017

6 Makanan Penting Bagi Pesakit Diabetes


Bila sudah disahkan diabetes, tidak dapat tidak rutin hidup dan pola pemakanan haruslah berubah ke arah yang lebih sihat.

Ubah cara makan yang kita sudah biasakan bertahun-tahun bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, demi nikmat sebuah kesihatan kita perlu berubah dan melalui satu proses baru yang lebih sihat dan bermanfaat !

Seperti yang kita maklum, pesakit diabetes perlu mengawal diet hariannya agar paras gula dalam darah sentiasa terkawal. Jika tidak dijaga dan dikawal, mungkin risiko komplikasi buruk jangkamasa panjang boleh berlaku di masa hadapan.

6 Makanan Penting Untuk Pesakit Diabetes.


1. Susu

Sangat bagus dengan kandungan kombinasi kalsium dan vitamin D bagi pesakit diabetes.
Menurut kajian, wanita yang mengambil lebih 1000mg kalsium yang lengkap dengan vitamin D setiap hari risiko untuk mendapat diabetes adalah kurang 3% berbanding wanita yang tidak minum susu langsung.
Jika anda jenis tak lalu minum susu, ambil supplemen untuk kalsium yang lengkap dengan vitamin D.


2. Brokoli

Kajian mendapati terdapat zat penting dalam brokoli yang mampu memperbaiki dan mengembalikan fungsi pembuluh darah yang rosak disebabkan oleh diabetes.

Celur atau kukus sahaja pun sedap. Atau tumis sedikit dengan bawang putih dan minyak zaitun !

3. Ikan Salmon

Ikan salmon memang terkenal kaya dengan lemak Omega 3.
Bukan semua lemak tidak baik untuk kesihatan. Lemak Omega 3 ini berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung, menurunkan berat badan, mengurangkan keradangan, dan memperbaiki perkembangan insulin yang penting bagi pesakit diabetes.



4. Bijirin Oatmeal

Ia merupakan makanan sihat yang tinggi serat dan rendah gula. Sangat sesuai dijadikan sebagai sarapan atau snek.
Elakkan mengambilnya dengan susu pekat manis ya !


5. Bawang Putih

Bawang putih terkenal dengan manfaat dan khasiatnya. Ia merupakan antibiotik yang selamat dan semulajadi, selamat untuk kegunaan jangkamasa panjang demi meningkatkan sistem imun tubuh.
Bawang putih juga dapat membantu menstabilkan glukos dalam tubuh manusia.

6. Buah Beri Biru

The American Association memperakui beri biru sebagai Super Diabetes kerana ia lengkap dengan nutrisi, serat, dan vitamin antioksidan.
Ia juga dapat membantu proses glukosa pada tubuh badan untuk menghasilkan tenaga secara efisyen, meningkatkan sensiviti insulin untuk mengawal gula dalam darah dan melawan diabetes.


Vivix Shaklee yang mengandungi elderberry adalah ramuan semulajadi yang menyokong kawalan gula dalam darah hingga membantu menurunkan paras gula.

Klik SINI untuk testimoni .

Sebenarnya, banyak lagi makanan yang boleh dimakan oleh pesakit Diabetes. Saya cuma fokuskan kepada 6 jenis makanan sahaja.

Pengambilan karbohidrat perlu dipantau dan dikurangkan. Sebaiknya gantikan beras putih kepada beras perang, roti putih kepada roti penuh bijirin dan sebagainya.

Moga mendapat manfaat daripada perkongsian ini.

Sihat Itu Satu Anugerah,
Aimie.

2 comments: