Thursday, 23 February 2017

6 Jenis Makanan Pesakit Gout Perlu Elak

Penyakit gout berlaku disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam darah. Mendapan kristal urik asid (monosodium urate) pada persekitaran sendi ataupun di dalam sendi menimbulkan keradangan yang boleh menyebabkan sakit sendi.
Metabolisma dan pengendalian urik asid yang tidak seimbang, samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya, mengakibatkan urik asid yang berlebihan.
Selain mengamalkan tonik kesihatan yang telah dipatenkan, perkara lain yang penting untuk penghidap sakit gout ialah untuk mengelakkan atau mengurangkan makanan yang biasa dikaitkan dengan penyakit gout.


MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN

Pemakanan sangat perlu dijaga dan diteliti oleh pesakit gout untuk mengelakkan paras asid urik tinggi hingga boleh menyebabkan kesakitan.
Antara makanan yang perlu dielakkan adalah :

1# Kerang -Kerangan

Pesakit gout perlu mengurangkan pengambilan makanan laut sewaktu mengalami serangan.Ini adalah kerana sumber makanan ini kaya dengan purin, yang mana akan diuraikan menjadi asid urik.

2# Daging Merah

Tidak semua daging mengandungi kandungan purin yang sama. Seperti mana yang kita tahu, daging putih lebih baik daripada merah. Akan tetapi, sesekali menikmati daging merah tidak mengapa. Tetapi pilihlah daging lembu berbanding ayam belanda dan kambing.



3# Organ Dalaman Haiwan

Organ dalaman seperti hati, pedal, limpa dan sebagainya PATUT DIELAKKAN sama sekali.

4# Minuman Manis Berperisa

Elakkan minum minuman manis dengan sirap jagung yang kaya dengan fruktosa  dan sukrosa seperti soda atau minuman buah-buahan. Pemanis minuman merangsang tubuh menghasilkan lebih banyak asid urik.



5# Jenis Sayuran

Asparagus, bunga kobis, bayam dan cendawan kaya dengan purin jika dibandingkan dengan lain-lain jenis sayuran. Namun, anda masih boleh mengambilnya dengan kadar sepatutnya.



6# Jenis Ikan

ELAKKAN sama sekali herring, begitu juga dengan tuna dan ikan bilis. Kandungan purinnya tinggi.

Mudah-mudahan dengan menjaga pemakanan dan mengurangkan atau mengelakkan dari makanan-makanan di atas dapat membantu mengurangkan atau mengawal masalah sakit gout yang dihadapi. 

Selain itu boleh juga berikhtiar dengan ramuan yang mengandungi resveratrol - Vivix untuk kesihatan yang lebih baik !

Sihat Satu Anugerah,
Aimie Suyat :)

No comments:

Post a Comment