Sunday, 26 February 2017

Ayam Masak Halia : Menu Sihat Pesakit Gout

Assalamualaikum.
Bersiaran di hujung minggu, Alhamdulillah.
Hari ini saya nak share resepi Ayam Masak Halia - menu sihat untuk pesakit gout.

Bila sakit, bukan bermaksud kita kena tinggalkan makan yang sedap-sedap.
Boleh makan, namun kena kawal kuantiti dan kualiti. Masak secara sihat, pilih bahan yang sihat dan tidak memudaratkan kesihatan.


Ayam Masak Halia - Ihsan Google

Hidangan untuk 4 orang makan.

Bahan-Bahan:


  •  1/2 ekor ayam dipotong kecil ( ayam organik atau ayam kampung lebih baik dan sihat ).
  •  4 ulas bawang putih dihiris nipis
  •  2 cm halia dihiris halus memanjang
  •  1 sudu besar kicap cair
  •  1 biji bawang besar dihiris nipis membulat
  •  1 biji cili merah, hiris nipis
  •  1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm
  •  1 1/2 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
  •  Sedikit minyak masak untuk menggoreng ayam
  •  Lada sulah atau lada hitam
  •  Garam dan kunyit
  •  Garam dan gula secukup rasa


Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan toskan.

2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 2 sudu dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi.

3. Masukkan pula kicap cair, dan sedikit lada putih. Kacau seketika.

4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika suka lebih kuah.

5. Masukkan cili merah dan bawang besar. Kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

6. Angkat dan tabur dengan daun bawang. Hidangkan bersama nasi panas.

Semoga bermanfaat.
Selamat mencuba ya !

*** Ikhtiar BEBAS Gout. Silakan baca di SINI .


Sihat Itu Satu Anugerah
Aimie Suyat

Saturday, 25 February 2017

4 Tanda Anda Menghidap Gout !

Gout merupakan satu penyakit akibat kegagalan metabolisme purin dalam badan. Gout terjadi apabila kandungan asid urik dalam darah meningkat iaitu melebihi 7.5mg/dL.

Gout terjadi atas 2 sebab utama :
1. Tubuh menghasilkan lebih asid urik
2. Asid urik dalam badan tidak dibuang dengan berkesan.



TANDA AWAL GOUT


1. Rasa panas, sakit, bengkak dan kemerahan pada sendi terutamanya sendi kaki.

2. Rasa sakit bermula pada waktu malam hingga menyebabkan kesukaran untuk tidur.

3. Kawasan kulit pada sendi yang terlibat menggelupas dan adakalanya gatal.

4. Suhu badan meningkat dan demam.

DIET SIHAT UNTUK PESAKIT GOUT


1. Banyakkan minum air kerana ia membantu menyingkirkan lebihan asid urik dalam badan.

2. Turunkan berat badan dengan sihat dan berperingkat.

3. Elakkan makanan tinggi purin.
Boleh baca di SINI.

4. Elakkan pengambilan alkohol.

5. Amalkan supplemen semulajadi.


Ikhtiar untuk sihat.
Sihat Itu Satu Anugerah.

Love,
KakMimie.



4 Jenis Makanan Yang Baik Untuk Pesakit Gout


Sakit gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar bergerak, dan pembengkakan ( inflamasi ).

Selain mengamalkan supplemen semulajadi untuk membantu menurunkan asid urik yang tinggi, ada baiknya juga kawalan pemakanan juga dijaga untuk kesan yang lebih optimum.

Pesakit gout sangat digalakkan untuk memakan jenis makanan yang bersifat alkali. Ia sebagai usaha untuk membantu mengatasi gout agar tidak lebih serius kerana penyakit biasanya bermula dari perut - tidak menjaga pemakanan.





4 MAKANAN YANG BAIK UNTUK PESAKIT GOUT


Antara makanan yang baik diambil oleh pesakit gout adalah seperti berikut :

#1 Makan Buah Dan Sayur


Kerapkan makan lobak putih, daun saderi atau daun sup, buah ceri atau cuka epal. Cuka epal dan buah ceri dikatakan baik untuk penyakit gout.
Alfalfa juga baik untuk diamalkan kerana ia tinggi dengan mineral dan nutrien lain yang boleh mengurangkan serum asid urik dalam darah. Daun parsli pula adalah diuretik yang hebat, ia membantu dalam meningkatkan jumlah air kencing yang seterusnya menggalakkan penyingkiran asid urik.

#2 Gunakan Minyak Zaitun
Kurangkan pengambilan minyak dalam masakan untuk pesakit gout. Lebih baik gunakan minyak zaitun untuk menumis masakan. Makanan yang bergoreng juga sebaiknya dielakkan.


#3 Sumber Protein
Makan sumber protein secara sederhana. Ikan dan telur ayam boleh dimakan tetapu elakkan ambil secara berlebihan.
Ganti ayam daging dengan ayam kampung atau organic kerana ayam kampung kurang bersifat asid berbanding ayam daging komersial. 

#4  Alternatif Kepada Gula Putih
Ramai yang sedia maklum bahawa gula putih tidak baik dan tidak sihat untuk kesihatan jangkamasa panjang.
Sebagai alternatif, gantikan gula putih dengan gula kabung, gula merah, gula nipah, madu asli dan sebagainya.

Inilah serba sedikit tips pemakanan yang baik untuk pesakit gout sebagai rujukan bersama. 
Untuk mengetahui jenis makanan yang perlu dielakkan pesakit gout, boleh klik di SINI .

Semoga bermanfaat,
Sihat Satu Anugerah :)

Thursday, 23 February 2017

6 Jenis Makanan Pesakit Gout Perlu Elak

Penyakit gout berlaku disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam darah. Mendapan kristal urik asid (monosodium urate) pada persekitaran sendi ataupun di dalam sendi menimbulkan keradangan yang boleh menyebabkan sakit sendi.
Metabolisma dan pengendalian urik asid yang tidak seimbang, samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya, mengakibatkan urik asid yang berlebihan.
Selain mengamalkan tonik kesihatan yang telah dipatenkan, perkara lain yang penting untuk penghidap sakit gout ialah untuk mengelakkan atau mengurangkan makanan yang biasa dikaitkan dengan penyakit gout.


MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN

Pemakanan sangat perlu dijaga dan diteliti oleh pesakit gout untuk mengelakkan paras asid urik tinggi hingga boleh menyebabkan kesakitan.
Antara makanan yang perlu dielakkan adalah :

1# Kerang -Kerangan

Pesakit gout perlu mengurangkan pengambilan makanan laut sewaktu mengalami serangan.Ini adalah kerana sumber makanan ini kaya dengan purin, yang mana akan diuraikan menjadi asid urik.

2# Daging Merah

Tidak semua daging mengandungi kandungan purin yang sama. Seperti mana yang kita tahu, daging putih lebih baik daripada merah. Akan tetapi, sesekali menikmati daging merah tidak mengapa. Tetapi pilihlah daging lembu berbanding ayam belanda dan kambing.



3# Organ Dalaman Haiwan

Organ dalaman seperti hati, pedal, limpa dan sebagainya PATUT DIELAKKAN sama sekali.

4# Minuman Manis Berperisa

Elakkan minum minuman manis dengan sirap jagung yang kaya dengan fruktosa  dan sukrosa seperti soda atau minuman buah-buahan. Pemanis minuman merangsang tubuh menghasilkan lebih banyak asid urik.



5# Jenis Sayuran

Asparagus, bunga kobis, bayam dan cendawan kaya dengan purin jika dibandingkan dengan lain-lain jenis sayuran. Namun, anda masih boleh mengambilnya dengan kadar sepatutnya.



6# Jenis Ikan

ELAKKAN sama sekali herring, begitu juga dengan tuna dan ikan bilis. Kandungan purinnya tinggi.

Mudah-mudahan dengan menjaga pemakanan dan mengurangkan atau mengelakkan dari makanan-makanan di atas dapat membantu mengurangkan atau mengawal masalah sakit gout yang dihadapi. 

Selain itu boleh juga berikhtiar dengan ramuan yang mengandungi resveratrol - Vivix untuk kesihatan yang lebih baik !

Sihat Satu Anugerah,
Aimie Suyat :)

Pengalaman Pesakit Gout Ikhtiar Rawatan Alternatif Untuk Turunkan Paras Asid Urik Tinggi




Asid urik adalah bahan buangan yang terhasil dalam badan semasa proses penghadaman (pemecahan) purine yang terdapat secara semula jadi dalam makanan. 

Asid urik biasanya tidak berbahaya pada kesihatan tetapi paras yang tinggi boleh menyebabkan gout, batu karang, dan kegagalan buah pinggang pada sesetengah orang.


Bagi penyakit gout, ia sering dikaitkan dengan lelaki. Akan tetapi perempuan juga terutama yang sudah putus haid berhadapan dengan masalah ini.


Ia membabitkan serangan serta-merta yang bukan saja menyebabkan kesakitan tetapi turut membengkak dan rasa panas di sendi. Selalunya ia membabitkan jari kaki yang besar tetapi juga ia boleh memberi kesan pada tumit, lutut, tapak kaki, buku lali dan jari kaki.






Sampai bila mahu menderita kerana gout ? 


Kadang terpaksa berjalan memapah dinding, menahan sakit bisa bagai dicucuk duri, dan berpantang makan serta pergerakan terbatas kerana sakit yang ditanggung.


Ini kisah benar, Puan Khadeejah Hasmad berkongsi cerita :

" Vivix dan Sakit Kaki, Gout. 
Sebelum apak ke Jepun, saya supply apak saya dengan berbotol - botol Vivix. 
Kesianlah tengok, asyik bertongkat je bila nak berjalan. 
Tapi Alhamdulillah lepas amalkan pagi dan malam. Tengok ha, sakan tak apak i. 
Tongkat pun langsung tak bawa tau. 
Setiap hari minimum jalan kaki 15 minit " 
- Puan Khadeejah Hasmad.


Asbab konsisten amal dengan Vivix, beliau kembali sihat dan bersyukur ditemukan dengan rawatan alternatif ini.

Vivix merupakan sejenis minuman campuran botani yang telah dipatenkan. Ia adalah revolusi terbaru dalam makan polifenol dan satu penemuan saintifik yang hebat daripada Shaklee.


Baca manfaat Vivix di SINI .


Sebarang pertanyaan tentang Vivix, boleh hubungi saya Puan Aimie di talian 013 2293413.


Untuk pembelian pantas, boleh klik ikon di bawah.




Sihat Itu Satu Anugerah

Aimie Suyat
013 2293413

Wednesday, 22 February 2017

Pengalaman : Pesakit Gout Sembuh Setelah Berpuluh Tahun Menderita

Bila dengar gout, pasti terbayang kaki bengkak disertai rasa mencucuk-cucuk di bahagian tersebut. Itu sebahagian daripada cerita yang biasa kita dengar.




APA ITU GOUT ?

Penyakit Gout adalah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes hanya menjejaskan satu sendi khususnya ibu jari kaki. Istilah Gout berasal dari perkataan Latin "gutta" yang bermakna "setitis".

Pesakit yang mengidap gout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik atau gabungan kedua-duanya sekali. Asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, Hiperlipedemia Jenis IV, kencing manis dan darah tinggi.


PUNCA GOUT

Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein) berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.


Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.


LANGKAH  MENGATASI

  1. Amalkan diet rendah purine. Sederhanakan pengambilan makanan berprotein yang mengandungi purine. Contoh: organ dalaman (paru, hati), bilis, sardin, herring, telur ikan, kekacang, alkohol, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis (roti putih dan roti manis)
  2. Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik.
  3. Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate.
  4. Kawal berat badan - kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan menyingkirkan asid urik.
  5. Bersenam
  6. Amalkan supplemen Vivix Shaklee.

Ikuti kisah benar oleh Puan Zarith Sofia ini :

" Ayah menderita gout berpuluh tahun. Pain Killer dan ubat gout peneman setiap hari. Salah makan sikit je, mesti gout datang. Jalan sampai memapah dinding. 

Tapi sejak amalkan Vivix satu sudu kecil setiap hari, Alhamdulillah tiada lagi gout menjengah. Yang bestnya, boleh tinggalkan ubat gout dan pain killer yang dah bertahun ambil tue. Dan ayah dah boleh makan makanan kegemaran semula !

Syukur Alhamdulillah ! " - Puan Zarith Sofia
-


Jom kita usaha sehabis baik untuk diri kita, ibu bapa, atau sesiapa yang memerlukan. Jangan lupa mohon jua kepada Allah. Dia Maha Menyembuhkan. Tiada yang mustahil dengan kuasaNya.

Sebarang pertanyaan tentang Vivix, boleh hubungi saya Puan Aimie di talian 013 2293413.

Jangan bertangguh, anda mampu mengubahnya !

Untuk pembelian segera Vivix, boleh klik ikon di bawah :





Sihat Itu Satu Anugerah
Aimie Suyat
013 2293413

Tuesday, 21 February 2017

4 Manfaat Dan Kelebihan Vivix Yang Anda Perlu Tahu

Atas kesedaran dan keprihatinan orang ramai untuk meningkatkan tahap kesihatan kepada yang lebih baik, Vivix yang dikatakan mahal ini sold out di beberapa Branch Shaklee di seluruh Malaysia pada bulan Januari yang lalu.

Ohsemnya Vivix ini rupanya !



APA ITU VIVIX ?

Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.



APAKAH MANFAAT DAN KELEBIHAN VIVIX ?

Menurut kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan bahawa ia memberi impak kepada 4 mekanisme utama penuaan sel :

1# Melindungi Dan Memperbaiki Sel DNA

Setiap hari sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan ini merosakkan pangkalan data genetik, menghasilkan " typo " ( kesilapan dari yang asal ) yang akan mengganggu fungsi sel.

Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA.

2# Memberi Impak Positif Terhadap Pengawalan Genetik.

Pengawalan genetik menyumbang kepada kemerosotan umur sel.
Di dalam satu penemuan utama, ujian klinikal menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang melambatkan penuaan sel.

3# Menggalakkan Biogeneses ( pembentukan baru ) Mitochondria Sebagai Penjana Tenaga.

Mitochondria ( penjana tenaga ) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel juga turut menurun.

Ramuan Vivix menggalakkan biognesis mitochondria untuk meningkatkan tenaga di dalam sel.

4# Melambatkan Pembentukan Protein AGE ( Advanced Glycation End products )

Penimbunan berlebihan protein AGE  boleh menyebabkan kerosakan sel yang akan mengganggu keupayaan sel.

Ramuan Vivix adalah 10 x lebih kuat dari resveratrol ( sejenis antioksidan dalam anggur muscadine ) untuk melambatkan pembentukan protein AGE.

Vivix juga membantu memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan, dan peningkatan tenaga sel.


APAKAH RAMUAN VIVIX ?

Ramuan semulajadi utama Vivix terdiri daripada :

1.  Muscadine Grape

Satu-satunya anggur hebat alam semulajadi yang mempunyai lebih satu kromosom. Ahli sains percaya kandungan polifenolnya berpotensi untuk memanfaatkan kesihatan.

2. Purple Carrot

Purple carrot merupakan tumbuhan yang tumbuh liar di Afghanistan sejak 5000 tahun dulu. Ia adalah sumber terbaik Vitamin A dimana ia turut mengandungi phytokimia termasuk karotenoid, phenolik, polyacetylenes, isokumarin dan juga sesquiterpens. 3. Elderberry ( Sambucus Nigra )

Kesemua ekstrak yang didapati daripada elderberry ini berperanan dalam menguatkan sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan flu, jangkitan yis, asma, batuk, sesak dada dan juga diabetes. 
Ia juga dapat merendahkan tahap kolesterol dan menghalang oksidasi kolesterol LDL dimana oksidasi LDL dianggap sebagai satu penyebab penting penyakit kardiovaskular.

4. Polygonum Cuspidatum
Juga dikenali sebagai Knotweed Jepun adalah tumbuhan peribumi yang berasal dari Asia dan juga banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah. Polyganum ini bertanggungjawab dalam memberi warna hitam. 
Ia merupakan sumber komersial resveratrol yang juga terdapat di dalam ekstrak kulit anggur merah dan juga biji anggur merah dimana terdapat lebih 3000 kajian yang telah dijalankan berkaitan tentang resveratrol ini.


TESTIMONI VIVIX

Jom lihat apa kata mereka tentang Vivix :


DIABETES


DARAH TINGGI


STROKE


GOUT



Memandangkan kos rawatan yang semakin meningkat, pastinya ia satu pelaburan yang bijak dan berbaloi demi kesihatan anda.

Suka untuk saya syorkan kepada anda, minuman kesihatan yang selamat dan tidak meninggalkan kesan buruk kepada diri anda - sebotol Vivix serendah RM 503.50.

Untuk lebih penjimatan, anda berpeluang mendapatkannya dengan harga RM 805.60 bagi 2 botol Vivix.

Jimat berbaloi !


Sihat Satu Anugerah
Aimie Suyat
013 2293413
Pengedar Shaklee Hulu Langat / Pos Seluruh Malaysia










Sunday, 19 February 2017

10 Simptom Awal Diabetes Yang Patut Anda Tahu


Kita selalu rasa diri kita sihat sentiasa tanpa fikir penyakit akan datang singgah tanpa diduga.

Diabetes biasanya menyerang dengan senyap. Simptom yang ada kita anggap biasa dan jarang kita ambil berat tentangnya.

Jom kita kenali simptom awal diabetes sebagai langkah berjaga. Bila ada simptom tersebut pada kita, tindakan awal juga patut diambil.

SIMPTOM AWAL DIABETES


1. Kerap Membuang Air Kecil


2. Cepat Penat dan Lemah Sepanjang Masa


3. Berat Badan Turun Mendadak


4. Luka Lambat Sembuh


5. Kerap Rasa Dahaga


6. Kerap Rasa Lapar


7. Penglihatan Kabur


8. Rasa Kebas Di Hujung Saraf Pada Telapak Tangan Dan Kaki


9. Urin Mengandungi Paras Gula Yang Tinggi


10. Mudah Terkena Jangkitan Kuman



Klik SINI untuk mengetahui apa yang anda boleh lakukan untuk mengawal paras gula dalam darah sekiranya anda disahkan menghidap diabetes.

Moga bermanfaat buat semua !

Sayangi Diri Kita,
Aimie Suyat.

Saturday, 18 February 2017

6 Makanan Penting Bagi Pesakit Diabetes


Bila sudah disahkan diabetes, tidak dapat tidak rutin hidup dan pola pemakanan haruslah berubah ke arah yang lebih sihat.

Ubah cara makan yang kita sudah biasakan bertahun-tahun bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, demi nikmat sebuah kesihatan kita perlu berubah dan melalui satu proses baru yang lebih sihat dan bermanfaat !

Seperti yang kita maklum, pesakit diabetes perlu mengawal diet hariannya agar paras gula dalam darah sentiasa terkawal. Jika tidak dijaga dan dikawal, mungkin risiko komplikasi buruk jangkamasa panjang boleh berlaku di masa hadapan.

6 Makanan Penting Untuk Pesakit Diabetes.


1. Susu

Sangat bagus dengan kandungan kombinasi kalsium dan vitamin D bagi pesakit diabetes.
Menurut kajian, wanita yang mengambil lebih 1000mg kalsium yang lengkap dengan vitamin D setiap hari risiko untuk mendapat diabetes adalah kurang 3% berbanding wanita yang tidak minum susu langsung.
Jika anda jenis tak lalu minum susu, ambil supplemen untuk kalsium yang lengkap dengan vitamin D.


2. Brokoli

Kajian mendapati terdapat zat penting dalam brokoli yang mampu memperbaiki dan mengembalikan fungsi pembuluh darah yang rosak disebabkan oleh diabetes.

Celur atau kukus sahaja pun sedap. Atau tumis sedikit dengan bawang putih dan minyak zaitun !

3. Ikan Salmon

Ikan salmon memang terkenal kaya dengan lemak Omega 3.
Bukan semua lemak tidak baik untuk kesihatan. Lemak Omega 3 ini berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung, menurunkan berat badan, mengurangkan keradangan, dan memperbaiki perkembangan insulin yang penting bagi pesakit diabetes.



4. Bijirin Oatmeal

Ia merupakan makanan sihat yang tinggi serat dan rendah gula. Sangat sesuai dijadikan sebagai sarapan atau snek.
Elakkan mengambilnya dengan susu pekat manis ya !


5. Bawang Putih

Bawang putih terkenal dengan manfaat dan khasiatnya. Ia merupakan antibiotik yang selamat dan semulajadi, selamat untuk kegunaan jangkamasa panjang demi meningkatkan sistem imun tubuh.
Bawang putih juga dapat membantu menstabilkan glukos dalam tubuh manusia.

6. Buah Beri Biru

The American Association memperakui beri biru sebagai Super Diabetes kerana ia lengkap dengan nutrisi, serat, dan vitamin antioksidan.
Ia juga dapat membantu proses glukosa pada tubuh badan untuk menghasilkan tenaga secara efisyen, meningkatkan sensiviti insulin untuk mengawal gula dalam darah dan melawan diabetes.


Vivix Shaklee yang mengandungi elderberry adalah ramuan semulajadi yang menyokong kawalan gula dalam darah hingga membantu menurunkan paras gula.

Klik SINI untuk testimoni .

Sebenarnya, banyak lagi makanan yang boleh dimakan oleh pesakit Diabetes. Saya cuma fokuskan kepada 6 jenis makanan sahaja.

Pengambilan karbohidrat perlu dipantau dan dikurangkan. Sebaiknya gantikan beras putih kepada beras perang, roti putih kepada roti penuh bijirin dan sebagainya.

Moga mendapat manfaat daripada perkongsian ini.

Sihat Itu Satu Anugerah,
Aimie.

Friday, 17 February 2017

Resepi Smoothie Sihat Dan Lazat Bagi Pesakit Diabetes

Hari ini saya nak berkongsi resepi smoothie yang lazat dan tentunya sihat !
Sangat sesuai dinikmati oleh semua terutamanya pesakit diabetes yang kena kawal pengambilan gula dalam diet harian.

Resepi Pertama

Smoothie Buah Naga dengan ESP.


Bahan-bahannya :
1. 1 cawan ais ketul
2. 2 sudu ESP
3. 1/4 biji buah naga merah
4. 1 cawan susu segar
5. 1 sudu plain yogurt
6. Chia Seeds

Cara-caranya :
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali Chia Seeds.
2. Kisar hingga sebati.
3. Tuang ke dalam gelas dan taburkan Chia Seeds.
4. Sedia untuk dinikmati !

Nota : ESP adalah protein soya non GMO. Sesuai diambil oleh pesakit diabetes kerana kandungan indeks glisemiknya yang rendah.


Resepi Kedua

Smoothie Anggur dengan Vivix


Bahan-bahannya :
1. 1 cawan ais ketul
2. 1/2 cawan yogurt rendah lemak perisa Vanila
3. 1 sudu teh Vivix
4. 1 cawan susu segar
5. 1 cawan anggur tanpa biji

Cara-caranya :
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar hingga halus.
2. Tuang ke dalam gelas dan sedia untuk dinikmati !

Nota : Vivix adalah minuman campuran botani yang telah dipatenkan.
Kaya dengan Resveratrol dan Polifenol berfungsi sebagai antioksidan yang berkuasa menghalang dan melambatkan kerosakan sel akibat serangan radikal bebas. Baca selanjutnya.


Selamat mencuba resepi smoothie sihat ini ya ! :)


Love,
KakMimie.