Saturday, 1 April 2017

7 Sebab Kita Perlu Ambil Suplemen

Seperti yang kita sedia maklum, kesihatan adalah anugerah yang terindah buat manusia yang dikurniakan oleh Allah. Kesihatan adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan,Mereka yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat.

Shaklee telah membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada berjuta-juta orang selama lebih 50 tahun. Rasailah kehebatan kesihatan dengan nutrisi Shaklee.


7 SEBAB KITA PERLUKAN SUPLEMEN


1. Kita sering terdedah kepada pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan.




2. Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien. Hakikatnya nutrien hanya boleh didapati dari pemakanan.


3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia lain.



4. Mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti kurang bersenam atau bersukan dan merokok.



5. Rutin pemakanan kebanyakan manusia sekarang tidak lagi menghiraukan diet yang seimbang.


6. Gangguan penyerapan nutrien dari makanan akibat dari pengambilan kafein, gula dan garam berlebihan.


7. Kehilangan nutrien dalam makanan terutamanya di kedai makan, restoran  makanan segera, masak terlalu lama dan sebagainya.


Pilihlah produk Shaklee untuk keperluan suplemen kerana telah terbukti keberkesanan dan keselamatan produk untuk diambil dalam tempoh jangkamasa yang panjang melalui ujian klinikal dan landmark study.

Usaha tanpa ragu, ikhtiar dengan bersungguh demi mencapai kesihatan yang optimum !

Salam Sayang,
KakMimie
013 2293413
Pengedar Shaklee Hulu Langat

Sunday, 26 February 2017

Ayam Masak Halia : Menu Sihat Pesakit Gout

Assalamualaikum.
Bersiaran di hujung minggu, Alhamdulillah.
Hari ini saya nak share resepi Ayam Masak Halia - menu sihat untuk pesakit gout.

Bila sakit, bukan bermaksud kita kena tinggalkan makan yang sedap-sedap.
Boleh makan, namun kena kawal kuantiti dan kualiti. Masak secara sihat, pilih bahan yang sihat dan tidak memudaratkan kesihatan.


Ayam Masak Halia - Ihsan Google

Hidangan untuk 4 orang makan.

Bahan-Bahan:


  •  1/2 ekor ayam dipotong kecil ( ayam organik atau ayam kampung lebih baik dan sihat ).
  •  4 ulas bawang putih dihiris nipis
  •  2 cm halia dihiris halus memanjang
  •  1 sudu besar kicap cair
  •  1 biji bawang besar dihiris nipis membulat
  •  1 biji cili merah, hiris nipis
  •  1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm
  •  1 1/2 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
  •  Sedikit minyak masak untuk menggoreng ayam
  •  Lada sulah atau lada hitam
  •  Garam dan kunyit
  •  Garam dan gula secukup rasa


Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan toskan.

2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 2 sudu dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi.

3. Masukkan pula kicap cair, dan sedikit lada putih. Kacau seketika.

4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika suka lebih kuah.

5. Masukkan cili merah dan bawang besar. Kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

6. Angkat dan tabur dengan daun bawang. Hidangkan bersama nasi panas.

Semoga bermanfaat.
Selamat mencuba ya !

*** Ikhtiar BEBAS Gout. Silakan baca di SINI .


Sihat Itu Satu Anugerah
Aimie Suyat

Saturday, 25 February 2017

4 Tanda Anda Menghidap Gout !

Gout merupakan satu penyakit akibat kegagalan metabolisme purin dalam badan. Gout terjadi apabila kandungan asid urik dalam darah meningkat iaitu melebihi 7.5mg/dL.

Gout terjadi atas 2 sebab utama :
1. Tubuh menghasilkan lebih asid urik
2. Asid urik dalam badan tidak dibuang dengan berkesan.



TANDA AWAL GOUT


1. Rasa panas, sakit, bengkak dan kemerahan pada sendi terutamanya sendi kaki.

2. Rasa sakit bermula pada waktu malam hingga menyebabkan kesukaran untuk tidur.

3. Kawasan kulit pada sendi yang terlibat menggelupas dan adakalanya gatal.

4. Suhu badan meningkat dan demam.

DIET SIHAT UNTUK PESAKIT GOUT


1. Banyakkan minum air kerana ia membantu menyingkirkan lebihan asid urik dalam badan.

2. Turunkan berat badan dengan sihat dan berperingkat.

3. Elakkan makanan tinggi purin.
Boleh baca di SINI.

4. Elakkan pengambilan alkohol.

5. Amalkan supplemen semulajadi.


Ikhtiar untuk sihat.
Sihat Itu Satu Anugerah.

Love,
KakMimie.



4 Jenis Makanan Yang Baik Untuk Pesakit Gout


Sakit gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar bergerak, dan pembengkakan ( inflamasi ).

Selain mengamalkan supplemen semulajadi untuk membantu menurunkan asid urik yang tinggi, ada baiknya juga kawalan pemakanan juga dijaga untuk kesan yang lebih optimum.

Pesakit gout sangat digalakkan untuk memakan jenis makanan yang bersifat alkali. Ia sebagai usaha untuk membantu mengatasi gout agar tidak lebih serius kerana penyakit biasanya bermula dari perut - tidak menjaga pemakanan.





4 MAKANAN YANG BAIK UNTUK PESAKIT GOUT


Antara makanan yang baik diambil oleh pesakit gout adalah seperti berikut :

#1 Makan Buah Dan Sayur


Kerapkan makan lobak putih, daun saderi atau daun sup, buah ceri atau cuka epal. Cuka epal dan buah ceri dikatakan baik untuk penyakit gout.
Alfalfa juga baik untuk diamalkan kerana ia tinggi dengan mineral dan nutrien lain yang boleh mengurangkan serum asid urik dalam darah. Daun parsli pula adalah diuretik yang hebat, ia membantu dalam meningkatkan jumlah air kencing yang seterusnya menggalakkan penyingkiran asid urik.

#2 Gunakan Minyak Zaitun
Kurangkan pengambilan minyak dalam masakan untuk pesakit gout. Lebih baik gunakan minyak zaitun untuk menumis masakan. Makanan yang bergoreng juga sebaiknya dielakkan.


#3 Sumber Protein
Makan sumber protein secara sederhana. Ikan dan telur ayam boleh dimakan tetapu elakkan ambil secara berlebihan.
Ganti ayam daging dengan ayam kampung atau organic kerana ayam kampung kurang bersifat asid berbanding ayam daging komersial. 

#4  Alternatif Kepada Gula Putih
Ramai yang sedia maklum bahawa gula putih tidak baik dan tidak sihat untuk kesihatan jangkamasa panjang.
Sebagai alternatif, gantikan gula putih dengan gula kabung, gula merah, gula nipah, madu asli dan sebagainya.

Inilah serba sedikit tips pemakanan yang baik untuk pesakit gout sebagai rujukan bersama. 
Untuk mengetahui jenis makanan yang perlu dielakkan pesakit gout, boleh klik di SINI .

Semoga bermanfaat,
Sihat Satu Anugerah :)

Thursday, 23 February 2017

6 Jenis Makanan Pesakit Gout Perlu Elak

Penyakit gout berlaku disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam darah. Mendapan kristal urik asid (monosodium urate) pada persekitaran sendi ataupun di dalam sendi menimbulkan keradangan yang boleh menyebabkan sakit sendi.
Metabolisma dan pengendalian urik asid yang tidak seimbang, samada pengeluaran yang berlebihan atau kegagalan buah pinggang untuk menyingkirkannya, mengakibatkan urik asid yang berlebihan.
Selain mengamalkan tonik kesihatan yang telah dipatenkan, perkara lain yang penting untuk penghidap sakit gout ialah untuk mengelakkan atau mengurangkan makanan yang biasa dikaitkan dengan penyakit gout.


MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN

Pemakanan sangat perlu dijaga dan diteliti oleh pesakit gout untuk mengelakkan paras asid urik tinggi hingga boleh menyebabkan kesakitan.
Antara makanan yang perlu dielakkan adalah :

1# Kerang -Kerangan

Pesakit gout perlu mengurangkan pengambilan makanan laut sewaktu mengalami serangan.Ini adalah kerana sumber makanan ini kaya dengan purin, yang mana akan diuraikan menjadi asid urik.

2# Daging Merah

Tidak semua daging mengandungi kandungan purin yang sama. Seperti mana yang kita tahu, daging putih lebih baik daripada merah. Akan tetapi, sesekali menikmati daging merah tidak mengapa. Tetapi pilihlah daging lembu berbanding ayam belanda dan kambing.



3# Organ Dalaman Haiwan

Organ dalaman seperti hati, pedal, limpa dan sebagainya PATUT DIELAKKAN sama sekali.

4# Minuman Manis Berperisa

Elakkan minum minuman manis dengan sirap jagung yang kaya dengan fruktosa  dan sukrosa seperti soda atau minuman buah-buahan. Pemanis minuman merangsang tubuh menghasilkan lebih banyak asid urik.



5# Jenis Sayuran

Asparagus, bunga kobis, bayam dan cendawan kaya dengan purin jika dibandingkan dengan lain-lain jenis sayuran. Namun, anda masih boleh mengambilnya dengan kadar sepatutnya.



6# Jenis Ikan

ELAKKAN sama sekali herring, begitu juga dengan tuna dan ikan bilis. Kandungan purinnya tinggi.

Mudah-mudahan dengan menjaga pemakanan dan mengurangkan atau mengelakkan dari makanan-makanan di atas dapat membantu mengurangkan atau mengawal masalah sakit gout yang dihadapi. 

Selain itu boleh juga berikhtiar dengan ramuan yang mengandungi resveratrol - Vivix untuk kesihatan yang lebih baik !

Sihat Satu Anugerah,
Aimie Suyat :)